Tuesday, December 30, 2008

TIADA YANG SERUPA SELAIN DIA

Ketika salju menyuluh diri
Terasa begitu dingin sekali
Dari ubun rambut hingga ke julur kaki
Namun malam ini masih sepi

Ku lihat bintang-bintang muram di cakerawala
tiada lagi berseri seperti biasa
mungkin hatinya sunyi sepertiku jua
berbicara bahasa sepi didalam jiwa

malam ciptaan Ilahi
yang penuh dengan misteri-misteri
menadah tangan air mata di pipi
meluahkan rasa menyucikan diri

Ucapan kalimah-kalimah Maha Yang Esa
Bergetar tubuh bergelora jiwa
Itulah tanda-tanda kekuasaan-NYA
Tiada yang serupa Selain DIA

Monday, December 15, 2008

KU UKIR NAMAMU DI ATAS BATU

Tangisan bergema senyuman terukir
tanda insan mulia telah dilahir
Bertambahnya umat Rasul terakhir

Hari berlalu musim bergilir
Usia remaja semakin hampir
dididik di asuh agar berfikir
Agar hidup tidak mundar mandir

begitu tabah seorang ibu
mendidik anak agar berilmu
mengotakan janji apa yang dimahu
namun ketegasan berada dalam dirimu

Ibu
umurmu semakin menjalar waktu
menghimpit resah jiwa anak-anakmu
Lalu dijemput bertemu TuhanMU
Ku ukir namamu di atas batu

ANTARA RODA DAN KITARAN

BIAR BUMI BERPUTAR
BIAR LANGIT BERGEGAR
BIAR LAUTAN BERGELORA
BIAR RIBUT MEREMPUH DUNIA

BERPUTAR RODA
SEKETIKA DI ATAS SEKETIKA DIBAWAH
DI ATAS KEBANGGAAN DAN KEEGOAN
DI BAWAH TERHIMPIT DAN TERSEPIT

BERPUTAR RODA BERPUSING KITARAN
SEAKAN SERUPA TETAPI BERBEDA
BERPUTAR RODA AMAT MEMERITKAN
BERPUSING KITARAN MEMBERI PENGAJARAN DAN PERINGATAN

ANTARA RODA DAN KITARAN
BERGERAK DAN BERJALAN SEIRINGAN
MEMBERI HUKUMAN DAN MENERIMA BALASAN
BUAT MAKHLUK DIBUMI TUHAN

BIARKU SENTUH JIWAMU

Hai anak kecil
Berlagu riang bernada pilu
Menongkah dunia tanpa jemu
Tanpa memikirkan apa yang berlaku

Riangmu tanpa prasangka
Tawamu tanpa prejudis
Dari jiwa yang kental
Dari hati yang luhur

Hai anak kecil
Fikiranmu menatang waktu
menjalar keseluruh tubuhmu
membina dan terbina

Hai anak kecil
Jiwamu sukar di tafsir
Jiwamu penuh dengan kerahsiaan ciptaan Ilahi
Jiwamu luhur dan Suci
Biar ku sentuh jiwamu...

KU TUNGGU WAJAHMU

8 TAHUN BERLALU
AKU MASIH DI SITU
MENGHITUNG BATU-BATU
DARI JARI-JEMARIKU

8 TAHUN BERLALU
AKU MASIH DI SITU
MENYINGKAP SEJARAH MENUSUK KALBU
YANG BEGITU SYAHDU BUATKU

8 TAHUN BERLALU
CERITA DIKAU DAN KISAH DAKU
DIRIMU DAN DIRIKU
TELAH TERPISAH TETAPI BERSATU

8 TAHUN BERLALU
HATIKU MASIH BEGITU
MASIH MENUNGGU DIRIMU
MASIH KU TUNGGU WAJAHMU

Thursday, May 29, 2008

PENIPU GLAMOUR

Kalau dulu, kita selalu dengar pembeli sentiasa tertipu dengan sikap tamak penjual, samada menjual barang dengan harga yang mahal, ataupun menjual barang yang tidak berkualiti.
Tetapi kini bila zaman berubah, teknologi berubah, wujudnya komunikasi tanpa sempadan, cara penipuan juga berubah. Sehingga wujudnya penjual ditipu, mengalami kerugian. Kebiasaan kes ini terjadi kepada usahawan perniagaan internet. Inilah yang berlaku, sekiranya manusia menyalahgunakan teknologi, dan lebih mementingkan nafsu dari akal.
Sebagai seorang yang beragama, apakah perasaan anda apabila menggunakan sesuatu dari sumber yang tidak halal? Tidak bersalahkan anda? Tiada agama yang menggalakkan umat mereka kearah kejahatan, Tiada agama yang menyuruh anda melakukan penipuan..Apakah perasaan anda, apabila nama anda tiba-tiba glamour dan diperkatakan dengan hebat diforum-forum tertentu mengenai keburukan anda, banggakah anda?...linncomel

LAYAKKAH ANDA JADI USAHAWAN

Jika anda menganggap diri anda seorang usahawan,anda tidak jauh bezanya dengan Rambo ataupun James bond. Anda hendaklah cekap, lasak dan pintar dalam menghadapi dan melepaskan diri dari setiap rintangan.
Usahawan ialah orang yang berusaha menukar cita-cita atau impian kepada kenyataan melalui perniagaan. Anda tidak bergelar usahawan sekiranya anda tidak kuat berusaha.Sekiranya anda kuat berusaha sudah tentu akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Orang malas pun ada rintangan, inikan pula berusaha.
Untu mengatasi setiap kesusahan,cabaran dan rintangan .Anda perlu berusaha dengan penuh kesabaran. Anda juga perlu serba tahu dan pintar, boleh menukar masalah kepada kejayaan, lasak dan tidak mengalah.
Untuk mendapat ciri-ciri yang saya tuliskan di atas, anda hendaklah berpengetahuan mengenai perniagaan untuk mendapatkan pengetahuan, semestinya anda mesti sentiasa belajar dan terus belajar...raymond/linncomel