Monday, April 28, 2008

MASALAH DAN PELUANG

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, Namun ada yang melihat masalah sebagai satu perkara yang menyusahkan. Setiap masalah yang datang akan hadir bersama dalam satu pakej.Iaitu setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Sebagai seorang usahawan, anda hendaklah melihat masalah sebagai peluang untuk anda memperolehi kejayaan.
Setiap kali anda menyelesaikan masalah, bermakna anda telah maju setapak kearah kejayaan. Masalah berada di mana-mana, yang penting anda tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah.
Seorang usahawan yang pintar melihat masalah sebagai satu cara untuk menghasilkan wang. Seorang usahawan yang baik akan menjadikan masalah yang dihadapi oleh orang sekeliling sebagai punca pendapatan. Saya tidak bermaksud usahawan yang baik dan bijak adalah usahawan yang pandai mengambil kesempatan terhadap orang yang bermasalah.Seorang usahawan hendaklah menganalisa dan mengkaji apakah produk yamg terbaik untuk dijual dengan mencari masalah yang berada disekeliling dan menjadikan produk anda sebagai penyelesaian bagi masalah tersebut. Kerana untuk menjalankan perniagaan anda hendaklah menjual apa yang orang inginkan, bukan menjual apa yang anda ingin jual.
Masalah akan membawa keburukkan sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk menghadapi masalah. Tetapi masalah adalah peluang sekiranya anda boleh melihat masalah sebagai sesuatu yang positif.
p/s:Jangan lari daripada masalah..kerana ia tidak dapat menyelesaikan masalah…Hadapi dengan tenang, cuba selesaikan dan Tawakkal..
linncomel

What u give u, get back

Banyak perkara yang mungkin kita menganggapnya sebagai sesuatu yang remeh tetapi apabila kita telah menggunakannya , ia memberikan satu impak yang besar yang tidak pernah kita jangkakan.
Adakalanya sesuatu yang kita anggap sebagai tidak berguna, apabila kita tahu bagaimana untuk menghargainya, kita pasti akan mendapat faedah daripadanya, dan mungkin faedah yang bakal kita miliki, adalah lebih baik daripada apa yang inginkan.
Sebagai makhluk yang dicipta oleh ALLAH, kita masing-masing mempunyai fungsi masing-masing, dan setiap makhluk ALLAH juga mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Tiada apa yang benar-benar sempurna. Kesempurnaan hanya disisi ALLAH.
Apa jua kelebihan yang anda miliki, tidak semestinya anda tidak mempunyai kekurangan, kita sebagai manusia saling berkaitan dan memerlukan. Setiap ilmu atau kelebihan yang anda miliki, adalah lebih afdal,sekiranya dikembangkan dan dikongsi untuk manfaat bersama. Suburkan pengetahuan anda insyaALLAH anda akan mendapat manfaat darinya. ‘what you give, you get back’. insyaALLAH setiap kebaikan yang anda berikan, akan dibalas dengan kebaikan berganda, mungkin tidak daripada orang yang mendapat kebaikan dari anda, tetapi mungkin jua dari orang lain..linncomel