Tuesday, December 30, 2008

TIADA YANG SERUPA SELAIN DIA

Ketika salju menyuluh diri
Terasa begitu dingin sekali
Dari ubun rambut hingga ke julur kaki
Namun malam ini masih sepi

Ku lihat bintang-bintang muram di cakerawala
tiada lagi berseri seperti biasa
mungkin hatinya sunyi sepertiku jua
berbicara bahasa sepi didalam jiwa

malam ciptaan Ilahi
yang penuh dengan misteri-misteri
menadah tangan air mata di pipi
meluahkan rasa menyucikan diri

Ucapan kalimah-kalimah Maha Yang Esa
Bergetar tubuh bergelora jiwa
Itulah tanda-tanda kekuasaan-NYA
Tiada yang serupa Selain DIA

Monday, December 15, 2008

KU UKIR NAMAMU DI ATAS BATU

Tangisan bergema senyuman terukir
tanda insan mulia telah dilahir
Bertambahnya umat Rasul terakhir

Hari berlalu musim bergilir
Usia remaja semakin hampir
dididik di asuh agar berfikir
Agar hidup tidak mundar mandir

begitu tabah seorang ibu
mendidik anak agar berilmu
mengotakan janji apa yang dimahu
namun ketegasan berada dalam dirimu

Ibu
umurmu semakin menjalar waktu
menghimpit resah jiwa anak-anakmu
Lalu dijemput bertemu TuhanMU
Ku ukir namamu di atas batu

ANTARA RODA DAN KITARAN

BIAR BUMI BERPUTAR
BIAR LANGIT BERGEGAR
BIAR LAUTAN BERGELORA
BIAR RIBUT MEREMPUH DUNIA

BERPUTAR RODA
SEKETIKA DI ATAS SEKETIKA DIBAWAH
DI ATAS KEBANGGAAN DAN KEEGOAN
DI BAWAH TERHIMPIT DAN TERSEPIT

BERPUTAR RODA BERPUSING KITARAN
SEAKAN SERUPA TETAPI BERBEDA
BERPUTAR RODA AMAT MEMERITKAN
BERPUSING KITARAN MEMBERI PENGAJARAN DAN PERINGATAN

ANTARA RODA DAN KITARAN
BERGERAK DAN BERJALAN SEIRINGAN
MEMBERI HUKUMAN DAN MENERIMA BALASAN
BUAT MAKHLUK DIBUMI TUHAN

BIARKU SENTUH JIWAMU

Hai anak kecil
Berlagu riang bernada pilu
Menongkah dunia tanpa jemu
Tanpa memikirkan apa yang berlaku

Riangmu tanpa prasangka
Tawamu tanpa prejudis
Dari jiwa yang kental
Dari hati yang luhur

Hai anak kecil
Fikiranmu menatang waktu
menjalar keseluruh tubuhmu
membina dan terbina

Hai anak kecil
Jiwamu sukar di tafsir
Jiwamu penuh dengan kerahsiaan ciptaan Ilahi
Jiwamu luhur dan Suci
Biar ku sentuh jiwamu...

KU TUNGGU WAJAHMU

8 TAHUN BERLALU
AKU MASIH DI SITU
MENGHITUNG BATU-BATU
DARI JARI-JEMARIKU

8 TAHUN BERLALU
AKU MASIH DI SITU
MENYINGKAP SEJARAH MENUSUK KALBU
YANG BEGITU SYAHDU BUATKU

8 TAHUN BERLALU
CERITA DIKAU DAN KISAH DAKU
DIRIMU DAN DIRIKU
TELAH TERPISAH TETAPI BERSATU

8 TAHUN BERLALU
HATIKU MASIH BEGITU
MASIH MENUNGGU DIRIMU
MASIH KU TUNGGU WAJAHMU

Thursday, May 29, 2008

PENIPU GLAMOUR

Kalau dulu, kita selalu dengar pembeli sentiasa tertipu dengan sikap tamak penjual, samada menjual barang dengan harga yang mahal, ataupun menjual barang yang tidak berkualiti.
Tetapi kini bila zaman berubah, teknologi berubah, wujudnya komunikasi tanpa sempadan, cara penipuan juga berubah. Sehingga wujudnya penjual ditipu, mengalami kerugian. Kebiasaan kes ini terjadi kepada usahawan perniagaan internet. Inilah yang berlaku, sekiranya manusia menyalahgunakan teknologi, dan lebih mementingkan nafsu dari akal.
Sebagai seorang yang beragama, apakah perasaan anda apabila menggunakan sesuatu dari sumber yang tidak halal? Tidak bersalahkan anda? Tiada agama yang menggalakkan umat mereka kearah kejahatan, Tiada agama yang menyuruh anda melakukan penipuan..Apakah perasaan anda, apabila nama anda tiba-tiba glamour dan diperkatakan dengan hebat diforum-forum tertentu mengenai keburukan anda, banggakah anda?...linncomel

LAYAKKAH ANDA JADI USAHAWAN

Jika anda menganggap diri anda seorang usahawan,anda tidak jauh bezanya dengan Rambo ataupun James bond. Anda hendaklah cekap, lasak dan pintar dalam menghadapi dan melepaskan diri dari setiap rintangan.
Usahawan ialah orang yang berusaha menukar cita-cita atau impian kepada kenyataan melalui perniagaan. Anda tidak bergelar usahawan sekiranya anda tidak kuat berusaha.Sekiranya anda kuat berusaha sudah tentu akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Orang malas pun ada rintangan, inikan pula berusaha.
Untu mengatasi setiap kesusahan,cabaran dan rintangan .Anda perlu berusaha dengan penuh kesabaran. Anda juga perlu serba tahu dan pintar, boleh menukar masalah kepada kejayaan, lasak dan tidak mengalah.
Untuk mendapat ciri-ciri yang saya tuliskan di atas, anda hendaklah berpengetahuan mengenai perniagaan untuk mendapatkan pengetahuan, semestinya anda mesti sentiasa belajar dan terus belajar...raymond/linncomel

KUNCI TARIK WANG

Ramai diantara kita selalu mengeluh, bagaimana untuk mendapatkan wang. Hari ini, saya kongsi sedikit, bagaimana untuk tarik wang. Anda tak perlu jumpa bomoh atau bertapa dalam gua, cukuplah dengan menguasai sepenuhnya minda separa sedar yang kita miliki. Dibawah adalah kunci tarik wang, tanpa perlu pergi puja kubur keramat
1.Tunjukkan penghargaan pada wang yang anda miliki. Bersyukur diatas setiap nilai wang yang anda miliki. Walaupun nilainya hanya RM0.10. Sekiranya anda melahirkan rasa syukur, ia menunjukkan anda fokus kepada sesuatu yang positif, ataupun pada perkara yang diinginkan iaitu wang
2.Hargai wang, menghargai wang bukan setakat bersyukur, tetapi anda juga perlu menyayangi wang yang masuk kedalam kehidupan anda, walaupun nilainya hanya satu sen, Yang penting, bagaimana perasaan anda pada wang yang , kerana tanpa kita sedari, minda separa sedar akan merakamkan setiap perasaan anda terhadap wang.
3.Berlakon seperti orang kaya, cuba bayangkan apa yang anda lakukan, penampilan, perasaan dan personaliti anda, seperti orang kaya. Hadirkan perasaan tersebut dan baiki penampilan secara sedikit demi sedikit. Apabila anda lakukan semua ini, anda akan merasa semakin bersyukur dan menghargai kehidupan yang dijadikan oleh ALLAH.
4.Sentiasa bersikap terbuka, sekiranya anda mempunyai peluang kekayaan. Sekiranya anda kerap menolak peluang perniagaan, atau menghasilkan kekayaan, minda separa sedar membaca sikap anda yang tidak mahukan peluang kekayaan. Akhirnya anda semakin kurang menerima peluang untuk menghasilkan wang dan tidak mampu melihat peluang kekayaan yang berada disekeliling anda....linncomel

KEMISKINAN UMPAMA API YANG MARAK

Sekarang saya mahu bercerita tentang api, Anda pun tahu bukan, betapa pentingnya Api, Untuk makan perlukan Api..Yalah, nak masak kena ada api…Betul tak..
Api semasa kecil boleh jadi kawan, tapi bila dah besar ianya akan menjadi lawan. Jadi Jangan sekali-kali membiarkan api menjadi besar kerana terlalu sukar untuk memadamkan api yang telah marak. Ketika ini kita bukan lagi menguasai Api, tetapi kita yang akan dikuasai oleh api. Silap-silap diri sendiri yang rentung dibakar oleh api. Siapa yang patut dipersalahkan? kawan-kawan anda? Jiran Anda?.Salahkan diri sendiri kerana bermain api dan dan membiarkan api terus marak.
Begitu juga dengan kemiskinan atau dalam bahasa orang putih ‘POOR’. Sepatutnya apabila sesiapa yang berada di dalam kemiskinan, berada di dalam situasi yang tidak disenangi seseorang itu akan menjadi lebih kreatif untuk menukarkan hidup kepada situasi yang lebih baik, kerana peluang sentiasa ada dan terbuka. Peluang akan sentiasa datang sekiranya anda benar-benar menginginkannya.
Oleh itu , bukalah minda dan fikiran, dan fikirkanlah cara untuk keluar dari kemiskinan dan keluarlah dari kepompong yang menyeksakan itu. Jangan sekali-kali membiarkan diri terus berada di dalam kemiskinan, Kerana kemiskinan umpama Api .Semakin anda menuju ke arah kehidupan yang lebih miskin, anda tidak lagi akan menguasai kehidupan anda.Sebaliknya anda yang akan sentiasa dikuasai. Ketika ini anda hanya akan menyalahkan takdir.. Takdir tidak perlu dipersalahkan…sememangnya takdir tidak pernah bersalah..Kerana ganjaran akan sentiasa ada bagi yang berusaha..linncomel

LITLES KNOWLEDGE IS DANGEROUS

Anda pernah dengar ungkapan seperti tajuk diatas. ..saya sekadar meminjam kata-kata Isaac Newton. Kalau kita tafsir balik dalam bahasa melayu kita ini, ianya bermaksud ‘Tahu Sedikit adalah merbahaya.’ memang bahaya pun, kalau tahu sesuatu ilmu tapi tak banyak, dan nak tunjuk terror..sah bahaya, silap-silap kena pelangkung.
Oleh itu, selagi kita hidup, selagi kita terdaya, kita hendaklah rajin belajar, rajin mencari ilmu walau dimana saja kita berada. Ilmu ALLAH terlalu luas, cuma kita sebagai hamba hendaklah rajin untuk mencari kerana itulah ALLAH mengurniakan minda dan akal yang dapat membezakan kita sebagai manusia dengan makhluk ALLAH yang lain. Hidup tanpa ilmu umpama kita telah mati.
Di negara kita Malaysia,peluang belajar dan mencari ilmu adalah sentiasa terbuka luas. Pelbagai ilmu dan latihan yang ditawarkan . Sekiranya anda ingin menjadi seorang usahawan, terdapat pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta yang menawarkan latihan dan kursus dengan harga yang amat berpatutan. Rebutlah peluang yang ada. Anda hanya perlu rajin mencari peluang untuk berjaya.Tiada manusia yang akan berjaya sekiranya malas belajar dan tidak berilmu.
Namun begitu, ada juga segelintir manusia yang tidak tahu menghargai ilmu. Lebih-lebih lagi sekiranya ilmu tersebut boleh diperolehi dengan percuma. Jangan ingat ilmu yang anda perolehi secara percuma adalah tidak bernilai, kerana ini tersebut adalah lebih bernilai disisi ALLAH. Bukankah ilmu yang diberikan secara percuma adalah satu sedekah, betapa besarnya ganjaran yang diberikan kepada sesiapa yang bersedekah.
Dengan wujudnya teknologi maklumat ini, pelbagai ilmu boleh kita perolehi dengan percuma, gunakanlah dengan sebaik-baiknya, kerana tidak semestinya yang percuma tidak berkualiti..linncomel

6 HAKIKAT KEKAYAAN

Satu perkara baru yang saya pelajari melalui salah satu buku yang dibeli hari ini, benar-benar membuatkan saya sedar dan insaf. Buku tersebut adalah tulisan seorang pendakwah indonesia dan juga usahawan yang berjaya saudara Aa Gym. Buku beliau bertajuk saya tidak mahu kaya, tetapi harus kaya. Buku tersebut terjual sebanyak 20,000 naskah di Indonesia, dan sekarang ianya dijual dinegara kita dengan bantuan penerbit PTS.
Buku ini, saya sudah pun habis membacanya, dan tertarik dengan konsep kekayaan yang ditulis di dalam buku tersebut. Beliau mengatakan, di dalam hidup kita, kita perlu mempunyai 6 kekayaan. Namun yang paling menarik, apabila beliau meletakkan kekayaan harta berada di tangga keenam.
Apakah kelima-lima kekayaan yang perlu kita capai, sebelum kita memiliki kekayaan harta?
1. Kaya Semangat-mengapa ianya penting? Kerana orang yang kaya semangat tidak pernah ada istilah putus asa.Dan semua ini adalah hasil daripada keimanan yang kukuh kepada ALLAH.
2.Kaya input- Apakah maksudnya, sebagaimana yang kita sedia tahu, semakin banyak input ilmu yang kita perolehi, semakin terampil kehidupan kita, apalagi sekiranya ilmu tersebut diamalkan dengan ikhlas.
3. Kaya gagasan/ kreativiti-Dengan kreativiti yang kita ada, setiap masalah akan kita dapat hadapi dengan penyelesaian yang baik, dan dapat menghasilkan idea yang baru.
4. Kaya Ibadat- Seperti yang kita tahu, segala-galanya adalah dari ALLAH. Oleh itu, kita perlu yakin ALLAH sentiasa bersama kita walau dalam apa jua keadaan.
5.Kaya Hati-Tiada ertinya sekiranya kita mempunyai harta yang menimpah ruah, tetapi hati kita tidak tenteram dan miskin daripada kebaikkan dan kemuliaan.
6Kaya Harta-Ini adalah bonus kekayaan sekiranya kita memiliki kelima-lima kekayaan di atas. Kerana orang kaya harta tanpa semangat, pastinya harta akan hilang. Tidak berilmu, akan ditipu, Apabila banyak ibadat yang dilakukan, ianya akan memupuk prestasi ke akhirat, dan seterusnya kita tidak akan jadi hamba kepada harta benda, dan tiada guna sekiranya mempunyai kaya harta, tetapi miskin kemuliaan dan kebaikan, Hidup juga menjadi tidak tenteram.
Sebenarnya terdapat banyak lagi rahsia, tentang konsep kekayaan yang saya perolehi dari pembacaan buku tersebut. Apa pun saya benar-benar mengesyorkan anda, membaca buku tersebut, untuk kita sama-sama mengetahui konsep kekayaan yang sebenar sebagai seorang muslim.
Disclaimer:Saya tidak pernah mengenali penulis ini secara peribadi, Saya sekadar, ingin berkongsi ilmu yang saya anggap baik untuk kita sama-sama pelajari dan hayati. Saya tidak mempunyai apa-apa keuntungan, sekiranya anda membeli buku ini, ataupun ianya menjadi bestseller di Malaysia. Ini sekadar perkongsian ikhlas, saya bersama anda, kerana buku ini, amat baik untuk dijadikan panduan di dalam kehidupan kita...linncomel

YAKIN BOLEH

Uncle Muthu jual kacang putih belakang Bukit Bintang. Dah berpuluh tahun Muthu berniaga kacang putihnya. Dengan pendapatan yang sederhana, tidak kira apa jua keadaan pusingan ekonomi turun, naik..dan keadaan cuaca panas, hujan, ribut, taufan Muthu terus berniaga. Apa yang mesti lakukan untuk melariskan kacang putihnya, Muthu akan menjerit dengan penuh perasaan KACANG ! KACANG! KACANG! tanpa mengira orang ramai lalu lalang.
Dengan jeritannya yang kuat, pendapatn Muthu bertambah dari tahun ke setahun dari harga 0.10 sen sepeket hingga RM 2 sepeket. Dan disamping Muthu dapat hidup dengan lebih senang, beliau juga mampu menghantar anaknya belajar ke luar nagara tanpa bantuan kerajaan.
One day, anaknya yang telah belajar luar Negara pulang membawa MBA. Beliau memberitahu Muthu Negara telah mengalami kegawatan ekonomi. So, perasaan negative Muthu pon bermula, jeritannya lemah, tidak sekuat dulu lagi, semangatnya telah pudar motivasinya makin hilang kerana memikirkan clients tidak berwang untuk membeli kacang nya.
He was no longer enthusiastic and very soon his business declined. Dia mengiakan kata anaknya bahawa ekonomi merosot dan clients dah tidak mampu untuk membeli kacang, hingga dia hilang mood dengan perniagaannya yang dah bepuluh tahun itu.
Apa yang boleh kita pelajari kat sini, Jangan cemarkan fikiran kita dengan cerita-cerita negatif. Muthu just ignore with economic cycle dalam puluhan tahun, and suddenly with the information from knowledgeable son, he began start with negative expectation.
Jangan biarkan berita -berita negatif mencemarkan fikiran anda.Teruskan perniagaan anda, mengikut keadaan semasa. Fikirkan boleh.Bukan setakat “Malaysia Boleh” . Anda pun boleh sebenarnya. Apa yang pasti fikir positif , kerja kuat dan percaya hasil dari apa yang anda usahakan akan memberikan kejayaan ‘Yakin Boleh’...linncomel

JIWA MANTAP..MINDA HEBAT

Tidak mungkin ada seorang manusia walau apapun latarbelakang agama, budaya dan pemikiran yang tidak bersetuju bahawa ketenangan hati dan ketenteraman jiwa ialah satu perkara paling penting bagi seseorang manusia. Mungkin mereka berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani; tetapi mereka tetap bersetuju bahawa perkara ini adalah satu perkara yang penting dalam kehidupan.
Satu perkara yang saya pelajari selepas saya mengkaji penggunaan minda terhadap diri saya,(InsyaALLAH saya akan bercerita tentang kajian saya ini suatu hari nanti) keutuhan dan kemantapan emosi anda adalah berkait rapat dengan dengan ketenangan dan kemantapan minda seseorang. Tidak percaya?
Bagi yang memiliki anak kecil, anda boleh memerhatikan melalui situasi dibawah:1.Seorang anak kecil akan merasa selamat dan tenang apabila berada di sisi ibu dan bapa-Nya. Bukan sekali kita melihat senario seorang budak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapanya semasa membelibelah di pasaraya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya tercedera? Tentu tidak, tetapi ‘ketenteraman’ dan ‘ketenangan hatinyalah’ yang tercedera.
2.Dan kita dapat lihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah lantaran jatuh; berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata, “Dah, jangan menangis… sikit je tu! Nanti ibu sapukan ubat!”. Adakah dengan berkata demikian, sakit luka yang dirasainya sudah hilang? Tidak! Sakit luka di lututnya masih terasa, tetapi tangisannya terhenti kerana rasa ‘sakit’ pada jiwa dan emosinya telahpun diubati dan telah hilang diganti dengan rasa tenteram, kerana budak itu yakin, ibunya memahami ‘penderitaannya’ dan ibunya ‘mampu’ mengubati luka di lututnya dengan ubat yang akan disapu nanti.
Ini menunjukkan, ketenteraman hati dan ketenangan hidup ini adalah satu kuasa yang sangat diperlukan dalam hidup seorang manusia. Dan adalah satu hukum serta prinsip alam, seseorang itu akan merasa aman dan tenang apabila mengetahui dan merasai bahawa di sana adanya satu ‘kuasa’ yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam yang ada.
Bagaimana genius sekalipun diri anda, tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi ,pasti anda tidak dapat menggunakan kegeniusan dan ketinggian IQ anda dengan sebaiknya jika jiwa anda sentiasa bercelaru dan tidak mantap. Kecemerlangan dan kemantapan jiwa inilah yang disebut sebagai EQ. Tetapi jika anda mempunyai EQ yang mantap, walaupun anda seorang yang buta huruf dan bekerja di sawah bendang, tetapi dengan ketenangan jiwa yang miliki, anda dapat menghadapi hidup dan segala masalah hidup ini dengan penuh ketenangan dan kedamaian. Tidak percaya? Kaji datuk nenek kita dahulu yang mampu memiliki banyak harta walaupun buta huruf dan bekerja hanya sebagai petani…InsyaALLAH anda akan mendapat jawapannya..linncomel

Saturday, May 3, 2008

GAGAL..?..PENYELESAIANNYA....

Ramai yang terlalu fobia dengan perkataan GAGAL. Saya juga pernah termasuk dalam golongan manusia yang pernah takut dengan kegagalan. Mengapa semua itu berlaku? Kerana sejak dari kecil kita ditakutkan dengan kegagalan. Sejak dulu lagi kejayaan dan kegagalan mempunyai ukuran. Tidak percaya dengan apa yang saya nyatakan?
Ketika dibangku sekolah, selepas menghadapi peperiksaan, sesiapa yang memperolehi markah yang baik akan dianggap berjaya dan diberi tempat pertama di dalam kelas bagi menunjukkan kejayaan pelajar tersebut. Namun begitu, bagaimana sekiranya pelajar tersebut mempunyai ranking dalam kelas dengan nombor yang bernilai besar. Sebagai seorang yang pernah mendapat tempat terakhir di dalam kelas, melalui pengalaman saya,nenek saya akan membezakan saya dengan cucu-cucunya yang cemerlang.Selain itu saya juga diejek dan direndahkan. Jadi tidak mustahil jika saya takut untuk menerima kegagalan. Namun begitu, persepsi saya ketika ini sudah pastinya berubah, kerana kegagalan akan dianggap pemangkin untuk mencapai kejayaan.
Sekiranya anda mempunyai anak atau adik yang masih bersekolah, jangan ulangi kesilapan ini, didik mereka supaya berani menghadapi kegagalan.Jika anda sering gagal dalam hidup, apa yang perlu anda lakukan ialah keluar dari kepompong minda yang selama ini anda gunakan untuk mencari penyelesaian kerana apabila anda berada dalam tekanan anda akan menjadi tidak rasional dan seringkali keputusan yang dibuat tidak mendatangkan hasil bahkan menambahkan beban.
Apabila minda kita berserabut atau berada dalam tekanan maka seringkali keputusan yang dibuat itu salah atau tidak mendatangkan hasil. Situasi ini akan membuat kita lebih tertekan dan sebarang tindakan atau keputusan susulan akan lebih membawa kepada ketidakberhasilan. Dalam keadaan ini kita dapat melihat wajah mereka tidak ceria, muram serta membosankan. Apabila wajah atau expresi diri ini ditonjolkan kepada umum pastinya jawapan untuk apa jua soalan bertukar negatif. Dan ini menyebabkan mereka hilang keyakinan diri, menjadi pemarah dan secara tidak langsung kesihatan lahiriah terganggu. Jika hal ini tidak diubah, perjalanan kehidupan seseorang itu akan terganggu terutamanya hal-hal yang melibatkan wang ringgit.
TenangKan jiwa anda kerana jiwa yang tenang adalah jiwa yang mantap yang mampu menjana minda positif dan mampu memberi jalan penyelesaian dalam setiap masalah. Jiwa yang tenang akan selalu mengingat kepada Penciptanya dan jiwa menjadi lebih mantap hasil keyakinan yang jitu kepada ALLAH.
Selain itu kita juga harus melihat siapakah disekeliling kita, bersesuaian dengan hadith nabi saw, barangsiapa berkawan dengan penjual minyak wangi maka wangilah dia. Justeru jika kita dikelilingi oleh mereka yang bermasalah maka kita akan terikut bermasalah. Ini kerana apabila bermasalah, gelombang fikiran berada dalam gelombang beta. Jika anda dikelilingi mereka yang berada pada gelombang beta yang tinggi, maka gelombang tersebut akan mempengaruhi pemikiran serta gelombang otak anda secara langsung. Jadi jika anda bermasalah carilah tempat-tempat yang mempunyai gelombang alpha seperti masjid terutamanya dibawah kubah dan duduklah dengan santai selama 30 minit, insya Allah anda akan dapat melihat jalan penyelasiannya. Ingatlah jiwa mantap, minda hebat, hasil cemerlang....linncomel

KUASAI MINDA ANDA

Saya yakin, setiap orang pasti mempunyai impian yang tersendiri. Sebagaimana saya yang mempunyai cita-cita dan impian tersendiri, begitu juga anda.
Tidak kira betapa hebatnya impian anda, Perkara penting yang perlu ada dalam diri anda ialah percaya kepada diri anda sendiri dan yakin kepada kebolehan anda.
Tidak kira apa jua saiz badan manusia, ALLAH telah menganugerahkan manusia dengan anugerah yang sama iaitu minda, dan setiap minda itu memiliki fungsi yang sama dan tiada perbezaaan, yang membezakannya ialah cara kita menggunakannya.
Ada manusia mengawal minda untuk menjadikan dirinya yang terbaik, namun ada juga yang mengunci minda sehingga membiarkan minda yang menguasai diri sendiri.
Peringatan! minda terletak di dalam salah satu tempat yang dimiliki oleh tubuh manusia,iaitu otak,dan manusia bukan salah satu daripada organ minda, jadi siapa yang lebih patut untuk dikuasai atau dikawal?.Sudah tentu anda yang patut mengawal minda anda, bukan anda yang dikuasai oleh minda.
Ramai manusia tidak sedar akan kebolehan diri sendiri. Ada yang membiarkan diri sendiri dikawal sehingga tidak dapat membezakan yang mana boleh membawa kebaikan atau keburukkan. Itulah adalah satu realiti dan saya juga pernah mengalami.
Saya pernah mengalami penyakit kurang keyakinan diri yang amat kronik, sehingga pernah menjejaskan karier pekerjaan saya, pantang bila nampak seseorang ataupun beliau berada disebelah saya, pasti perasaan gugup saya akan datang, badan menggeletar dan akibatnya terlalu banyk kesilapan yang saya lakukan sehingga menjejaskan tumpuan saya kepada pekerjaan.
Kenapa semua itu berlaku? kerana insan tersebut pernah merendahkan saya dan memarahi saya pada hari yang ke 10 saya bekerja ditempat tersebut, dan masalah ini saya alami selama 3 tahun,bayangkan betapa tidak selesa saya bekerja ketika itu, akhirnya saya resign dan bekerja ditempat lain dengan azam dan impian untuk berubah.
Alhamdulillah, dengan sedikit ilmu yang saya perolehi dari pembacaan dan panduan seseorang, saya berjaya mengubah kehidupan saya kearah yang lebih positif. Cuma satu yang saya kesal, saya terlalu mengambil masa yang lama untuk berubah, jika tidak saya tidak perlu meninggalkan tempat kerja saya tersebut.
Itu hanya sedikit pengalaman yang saya boleh kongsi bersama anda, dan itu adalah sejarah dalam hidup saya. Mungkin pengalaman tersebut anda juga pernah alami dan ketika ini masih lagi mengalami.
Cuma satu pesanan, cara penyelesaiannya cuma satu. Iaitu ‘unlocked’ minda anda. Keluar dari belenggu atau kawalan minda anda. Andalah yang patut mengawal minda anda. InsyaALLAH untuk hari yang seterusnya saya akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk membuka kunci yang sentiasa membelenggu tersebut.Semoga kita sama-sama berubah kearah kehidupan yang lebih positif.

Monday, April 28, 2008

MASALAH DAN PELUANG

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, Namun ada yang melihat masalah sebagai satu perkara yang menyusahkan. Setiap masalah yang datang akan hadir bersama dalam satu pakej.Iaitu setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Sebagai seorang usahawan, anda hendaklah melihat masalah sebagai peluang untuk anda memperolehi kejayaan.
Setiap kali anda menyelesaikan masalah, bermakna anda telah maju setapak kearah kejayaan. Masalah berada di mana-mana, yang penting anda tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah.
Seorang usahawan yang pintar melihat masalah sebagai satu cara untuk menghasilkan wang. Seorang usahawan yang baik akan menjadikan masalah yang dihadapi oleh orang sekeliling sebagai punca pendapatan. Saya tidak bermaksud usahawan yang baik dan bijak adalah usahawan yang pandai mengambil kesempatan terhadap orang yang bermasalah.Seorang usahawan hendaklah menganalisa dan mengkaji apakah produk yamg terbaik untuk dijual dengan mencari masalah yang berada disekeliling dan menjadikan produk anda sebagai penyelesaian bagi masalah tersebut. Kerana untuk menjalankan perniagaan anda hendaklah menjual apa yang orang inginkan, bukan menjual apa yang anda ingin jual.
Masalah akan membawa keburukkan sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk menghadapi masalah. Tetapi masalah adalah peluang sekiranya anda boleh melihat masalah sebagai sesuatu yang positif.
p/s:Jangan lari daripada masalah..kerana ia tidak dapat menyelesaikan masalah…Hadapi dengan tenang, cuba selesaikan dan Tawakkal..
linncomel

What u give u, get back

Banyak perkara yang mungkin kita menganggapnya sebagai sesuatu yang remeh tetapi apabila kita telah menggunakannya , ia memberikan satu impak yang besar yang tidak pernah kita jangkakan.
Adakalanya sesuatu yang kita anggap sebagai tidak berguna, apabila kita tahu bagaimana untuk menghargainya, kita pasti akan mendapat faedah daripadanya, dan mungkin faedah yang bakal kita miliki, adalah lebih baik daripada apa yang inginkan.
Sebagai makhluk yang dicipta oleh ALLAH, kita masing-masing mempunyai fungsi masing-masing, dan setiap makhluk ALLAH juga mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Tiada apa yang benar-benar sempurna. Kesempurnaan hanya disisi ALLAH.
Apa jua kelebihan yang anda miliki, tidak semestinya anda tidak mempunyai kekurangan, kita sebagai manusia saling berkaitan dan memerlukan. Setiap ilmu atau kelebihan yang anda miliki, adalah lebih afdal,sekiranya dikembangkan dan dikongsi untuk manfaat bersama. Suburkan pengetahuan anda insyaALLAH anda akan mendapat manfaat darinya. ‘what you give, you get back’. insyaALLAH setiap kebaikan yang anda berikan, akan dibalas dengan kebaikan berganda, mungkin tidak daripada orang yang mendapat kebaikan dari anda, tetapi mungkin jua dari orang lain..linncomel