Saturday, May 3, 2008

GAGAL..?..PENYELESAIANNYA....

Ramai yang terlalu fobia dengan perkataan GAGAL. Saya juga pernah termasuk dalam golongan manusia yang pernah takut dengan kegagalan. Mengapa semua itu berlaku? Kerana sejak dari kecil kita ditakutkan dengan kegagalan. Sejak dulu lagi kejayaan dan kegagalan mempunyai ukuran. Tidak percaya dengan apa yang saya nyatakan?
Ketika dibangku sekolah, selepas menghadapi peperiksaan, sesiapa yang memperolehi markah yang baik akan dianggap berjaya dan diberi tempat pertama di dalam kelas bagi menunjukkan kejayaan pelajar tersebut. Namun begitu, bagaimana sekiranya pelajar tersebut mempunyai ranking dalam kelas dengan nombor yang bernilai besar. Sebagai seorang yang pernah mendapat tempat terakhir di dalam kelas, melalui pengalaman saya,nenek saya akan membezakan saya dengan cucu-cucunya yang cemerlang.Selain itu saya juga diejek dan direndahkan. Jadi tidak mustahil jika saya takut untuk menerima kegagalan. Namun begitu, persepsi saya ketika ini sudah pastinya berubah, kerana kegagalan akan dianggap pemangkin untuk mencapai kejayaan.
Sekiranya anda mempunyai anak atau adik yang masih bersekolah, jangan ulangi kesilapan ini, didik mereka supaya berani menghadapi kegagalan.Jika anda sering gagal dalam hidup, apa yang perlu anda lakukan ialah keluar dari kepompong minda yang selama ini anda gunakan untuk mencari penyelesaian kerana apabila anda berada dalam tekanan anda akan menjadi tidak rasional dan seringkali keputusan yang dibuat tidak mendatangkan hasil bahkan menambahkan beban.
Apabila minda kita berserabut atau berada dalam tekanan maka seringkali keputusan yang dibuat itu salah atau tidak mendatangkan hasil. Situasi ini akan membuat kita lebih tertekan dan sebarang tindakan atau keputusan susulan akan lebih membawa kepada ketidakberhasilan. Dalam keadaan ini kita dapat melihat wajah mereka tidak ceria, muram serta membosankan. Apabila wajah atau expresi diri ini ditonjolkan kepada umum pastinya jawapan untuk apa jua soalan bertukar negatif. Dan ini menyebabkan mereka hilang keyakinan diri, menjadi pemarah dan secara tidak langsung kesihatan lahiriah terganggu. Jika hal ini tidak diubah, perjalanan kehidupan seseorang itu akan terganggu terutamanya hal-hal yang melibatkan wang ringgit.
TenangKan jiwa anda kerana jiwa yang tenang adalah jiwa yang mantap yang mampu menjana minda positif dan mampu memberi jalan penyelesaian dalam setiap masalah. Jiwa yang tenang akan selalu mengingat kepada Penciptanya dan jiwa menjadi lebih mantap hasil keyakinan yang jitu kepada ALLAH.
Selain itu kita juga harus melihat siapakah disekeliling kita, bersesuaian dengan hadith nabi saw, barangsiapa berkawan dengan penjual minyak wangi maka wangilah dia. Justeru jika kita dikelilingi oleh mereka yang bermasalah maka kita akan terikut bermasalah. Ini kerana apabila bermasalah, gelombang fikiran berada dalam gelombang beta. Jika anda dikelilingi mereka yang berada pada gelombang beta yang tinggi, maka gelombang tersebut akan mempengaruhi pemikiran serta gelombang otak anda secara langsung. Jadi jika anda bermasalah carilah tempat-tempat yang mempunyai gelombang alpha seperti masjid terutamanya dibawah kubah dan duduklah dengan santai selama 30 minit, insya Allah anda akan dapat melihat jalan penyelasiannya. Ingatlah jiwa mantap, minda hebat, hasil cemerlang....linncomel

No comments: