Thursday, May 29, 2008

LITLES KNOWLEDGE IS DANGEROUS

Anda pernah dengar ungkapan seperti tajuk diatas. ..saya sekadar meminjam kata-kata Isaac Newton. Kalau kita tafsir balik dalam bahasa melayu kita ini, ianya bermaksud ‘Tahu Sedikit adalah merbahaya.’ memang bahaya pun, kalau tahu sesuatu ilmu tapi tak banyak, dan nak tunjuk terror..sah bahaya, silap-silap kena pelangkung.
Oleh itu, selagi kita hidup, selagi kita terdaya, kita hendaklah rajin belajar, rajin mencari ilmu walau dimana saja kita berada. Ilmu ALLAH terlalu luas, cuma kita sebagai hamba hendaklah rajin untuk mencari kerana itulah ALLAH mengurniakan minda dan akal yang dapat membezakan kita sebagai manusia dengan makhluk ALLAH yang lain. Hidup tanpa ilmu umpama kita telah mati.
Di negara kita Malaysia,peluang belajar dan mencari ilmu adalah sentiasa terbuka luas. Pelbagai ilmu dan latihan yang ditawarkan . Sekiranya anda ingin menjadi seorang usahawan, terdapat pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta yang menawarkan latihan dan kursus dengan harga yang amat berpatutan. Rebutlah peluang yang ada. Anda hanya perlu rajin mencari peluang untuk berjaya.Tiada manusia yang akan berjaya sekiranya malas belajar dan tidak berilmu.
Namun begitu, ada juga segelintir manusia yang tidak tahu menghargai ilmu. Lebih-lebih lagi sekiranya ilmu tersebut boleh diperolehi dengan percuma. Jangan ingat ilmu yang anda perolehi secara percuma adalah tidak bernilai, kerana ini tersebut adalah lebih bernilai disisi ALLAH. Bukankah ilmu yang diberikan secara percuma adalah satu sedekah, betapa besarnya ganjaran yang diberikan kepada sesiapa yang bersedekah.
Dengan wujudnya teknologi maklumat ini, pelbagai ilmu boleh kita perolehi dengan percuma, gunakanlah dengan sebaik-baiknya, kerana tidak semestinya yang percuma tidak berkualiti..linncomel

No comments: