Thursday, May 29, 2008

JIWA MANTAP..MINDA HEBAT

Tidak mungkin ada seorang manusia walau apapun latarbelakang agama, budaya dan pemikiran yang tidak bersetuju bahawa ketenangan hati dan ketenteraman jiwa ialah satu perkara paling penting bagi seseorang manusia. Mungkin mereka berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani; tetapi mereka tetap bersetuju bahawa perkara ini adalah satu perkara yang penting dalam kehidupan.
Satu perkara yang saya pelajari selepas saya mengkaji penggunaan minda terhadap diri saya,(InsyaALLAH saya akan bercerita tentang kajian saya ini suatu hari nanti) keutuhan dan kemantapan emosi anda adalah berkait rapat dengan dengan ketenangan dan kemantapan minda seseorang. Tidak percaya?
Bagi yang memiliki anak kecil, anda boleh memerhatikan melalui situasi dibawah:1.Seorang anak kecil akan merasa selamat dan tenang apabila berada di sisi ibu dan bapa-Nya. Bukan sekali kita melihat senario seorang budak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapanya semasa membelibelah di pasaraya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya tercedera? Tentu tidak, tetapi ‘ketenteraman’ dan ‘ketenangan hatinyalah’ yang tercedera.
2.Dan kita dapat lihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah lantaran jatuh; berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata, “Dah, jangan menangis… sikit je tu! Nanti ibu sapukan ubat!”. Adakah dengan berkata demikian, sakit luka yang dirasainya sudah hilang? Tidak! Sakit luka di lututnya masih terasa, tetapi tangisannya terhenti kerana rasa ‘sakit’ pada jiwa dan emosinya telahpun diubati dan telah hilang diganti dengan rasa tenteram, kerana budak itu yakin, ibunya memahami ‘penderitaannya’ dan ibunya ‘mampu’ mengubati luka di lututnya dengan ubat yang akan disapu nanti.
Ini menunjukkan, ketenteraman hati dan ketenangan hidup ini adalah satu kuasa yang sangat diperlukan dalam hidup seorang manusia. Dan adalah satu hukum serta prinsip alam, seseorang itu akan merasa aman dan tenang apabila mengetahui dan merasai bahawa di sana adanya satu ‘kuasa’ yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam yang ada.
Bagaimana genius sekalipun diri anda, tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi ,pasti anda tidak dapat menggunakan kegeniusan dan ketinggian IQ anda dengan sebaiknya jika jiwa anda sentiasa bercelaru dan tidak mantap. Kecemerlangan dan kemantapan jiwa inilah yang disebut sebagai EQ. Tetapi jika anda mempunyai EQ yang mantap, walaupun anda seorang yang buta huruf dan bekerja di sawah bendang, tetapi dengan ketenangan jiwa yang miliki, anda dapat menghadapi hidup dan segala masalah hidup ini dengan penuh ketenangan dan kedamaian. Tidak percaya? Kaji datuk nenek kita dahulu yang mampu memiliki banyak harta walaupun buta huruf dan bekerja hanya sebagai petani…InsyaALLAH anda akan mendapat jawapannya..linncomel

No comments: